-Tulis satu senarai alasan-alasan mengapa anda ingin berhenti merokok, dan simpan senarai itu bersama anda. dan bacalah senarai tersebut berulang kali ketika anda ketagihan. Anda perlu selalu membaca dan mengingati fakta-fakta mengenai keburukan merokok. Dengan cara ini membantu anda secara perlahan-lahan dalam proses berhenti merokok.
- Menetapkan tarikh untuk berhenti merokok, dan berhenti sepenuhnya. sesetengah orang berpendapat ini adalah idea untuk . Bagaimanapun, kajian telah membuktikan bahawa jika anda merokok kurang daripada biasa, anda mungkin akan menghisap rokok lebih pada paras yang biasa (sampai puntung), dan tahap-tahap nikotin kekal hampir sama. Oleh itu, pilihlah satu tarikh yang anda betul-betul ingin berhenti merokok.
- Beritahu kepada semua orang yang anda ingin berhenti merokok, Rakan-rakan dan keluarga akan memberi sokongan dan mungkin membantu anda untuk berhenti merokok. Jika terdapat orang lain yang menghisap rokok di rumah ini menyukarkan anda untuk berhenti. Jika boleh, cubalah mengajak ahli-ahli rumah atau rakan-rakan untuk berhenti pada masa yang sama. Berhenti merokok secara berkumpulan lebih mudah daripada melakukan seorang diri.
Buang tempat abu rokok, pemetik api, dan semua yang berkaitan dengan rokok.
- Bersedia menghadapi sedikit symptom pemulihan dari merokok, apabila anda berhenti merokok anda akan mendapat symptom seperti loya(rasa kurang sihat), sakit kepala, rasa bimbang, kerengsaan, ketagihan dan rasa teruja. Symptom ini disebabkan oleh kekurangan nikotin yang sebati dengan badan. symptom ini akan berterusan dalm masa 12-24 jam dan akan beransur pulih dalm jangka 2-4 minggu.
- Batuk, normal bagi seorang perokok batuk lebih kerap apabila berhenti merokok ini kerana laluan udara ingin kembali kepada asal. Kebanyakan orang ramai mendapat batuk yang lebih teruk apabila berhenti. Ini mendorong mereka untuk mereka kembali merokok akibat dari batuk ini. Cuba lawan perasaan untuk merokok! batuk ini akan beransur-ansur berkurangan.
-Berjaga-jagalah apabila situasi anda mungkin akan kembali mmerokok kembali. Khususnya meminum minuman keras selalu dikaitkan dengan gagalnya dalam percubaan berhenti merokok. Cubalah menukar rutin anda dalam minggu pertama. Banyakkan meminum air minirel dan air buah-buahan.
-Fikir positif, anda boleh memberitahu kepada setiap orang yang sudah tidak merokok, bau badan anda akan lebih baik, dalam beberapa minggu badan anda akan lebih berasa sihat, anda akan berasa selera untuk makan, dan batuk anda sudah berkurangan. Anda boleh kembali menyimpan duit anda yang dahulanya telah banyak habis berbelanja untuk membeli rokok.
-Makanan, Ramai orang bimbang berat badan mereka akan bertambah apabila mereka berhenti merokok. ini terjadi kerana selera mereka kian bertambah. Kurangkan pengambilan lemak seperti makanan yang manis dapat mengawal berat badan seseorang.
-Jangan berputus asa jika anda gagal. Kaji semula mengapa anda kembali merokok. Ia akan membuatkan anda lebih tabah untuk menghadapinya semula. Puratanya, seorang yang akhirnya berhenti merokok telah membuat 3 atau 4 cubaan-cubaan terdahulu
-Klinik berhenti merokok, pergilah merujuk pada doktor untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar. Doktor anda mesti dapat membantu anda untuk berhenti merokok.
-Ubat-ubatan, pelbagi jenis ubat-ubatn yang dapat membantu anda untuk proses berhenti merokok.
Dapatkan ubat tersebut di farmasi atau klinik yang diluluskan.
0 ulasan:
Catat Ulasan