Rabu, 7 April 2010

10 tips senaman yang berjaya

RANCANG TUJUAN YANG REALISTIK
Perkara pertama yang perlu anda pastikan adalah perancangan . Sebelum melakukan aktiviti senaman, pastikan anda merancang terlebih dahulu tujuan sebenar atau tujuan utama anda melakukan latihan. Pastikan tujuan dan matlamat tersebut realistik, iaitu anda mampu untuk melakukannya dan mencapai matlamat tersebut. pastikanjuga matlamat anda dibuat lebih spesifik seperti "aku mahu mengurangkan 3kg dalam masa sebulan".

UKUR SETIAP PERUBAHAN
Catat setiap perubahan yang anda alami. Ukur setiap peningkatan dan lakukan secara rutin. Jangan lupa timbang berat sebelum memulakan aktiviti agar mudah untuk anda membuat perbandingan.

BUAT DATA UNTUK SETIAP LATIHAN
Setiap latihan yang anda jalani perlu dicatat. Pastikan anda mempunyai data untuk setiap sesi lathan yang anda lakukan.

PADUKAN KARDIO
Buat sesi kardio beragam intensif dan panjangnya. Cuba aktiviti yang baru agaranda tidak bosan melakukannya saban hari. Pasti anda tetapkekal segardan sihat.

CUBA LATIHAN BERAT
Setiap orang boleh melakukan latihan yang berat, walaupun anda seorang wanita. Latihanberat tidak untuk golongan lelaki sahaja. Ini kerana, latihan berat dapat membantu membangunkan otot dan meningkatkan kepadatan tulang. Latih setiap otot utama setiap satu hingga tiga kali seminggu.

REHAT MENCUKUPI
Pastikan anda mempunyai rehatyang mencukupi. Tidur mesti cukup antara 7 hingga 9 jam setiap hari. Begitu juga beri peluang tubuh anda untuk berehatdengan baik. Caranya, dengan tidak melakukan latihan selama satu hingga dua hari setiap minggu

WARM-UP
Lakukan pemanasan badanselama 5 hingga 10 minit setiap kali sebelum anda melakukan latihan utama. Anda harus mengawal tubuh badan dengan menaikkan suhu tubuh badanterlebih dahulu.

WARM-DOWN
Selepas melakukan pemanasan, atau warm-up, anda perlu melakukan warm-down. Ini akan membantu meningkatkan fleksibiliti dan mengurangkan sakit pada otot di hari-hari berikutnya.

POLA PEMAKANAN
Ambil makanan yang cukup dan sesuai dengan tenaga yang anda gunakan untuk latihan. Makan makanan sihat dan tinggalkan diet ketat yang menyusahkan anda,.

TERUS MOTIVASI DIRI
Akhir sekali, teruskan beri motivasi kepada diri andauntuk terus berlatih sehingga anda berjayamencapai matlamat yang anda kehendaki. Anda mungkin boleh mengajak kawan-kawan anda supaya hari-hari anda tidak terlau bosan.

0 ulasan:

Catat Ulasan