Khamis, 8 April 2010

Tip kekalkan berat badan

MAKAN PEMANIS MULUT
mungkin ramai yang menganbil ringan perihal pemanis mulut ni. Anda dinasihatkan agar mengambil pemanis atau pencuci mulut seperti teh atau sepotong kek kecil. Ia bertujuan untuk memberitahu otak anda masa makan anda sudah selesai. malah, ia juga mencegah anda daripada makan dengan lebih banyak lagi.

MINUM SUSU COKLAT
Jika anda keletihan atau kehabisan tenaga setelah melakukan aktiviti senaman atau fizikal, anda digalakkan mengambil minuman susu coklat. Mengapa susu coklat? Ini kerana, menurut hasil kajian yang dijalankan di Indiana University, Amerika Syarikat mendapati susu coklat berkesan untuk memulihkan semangat dan tenaga. Kajian ini turut mendapati etlit yang bersukan sehingga merasa lelah akhirnya kembali ceria meneruskan latihan selepas menikamati secawan susu coklat. Tenagamereka menyamai rakan mereka yang mengambil minuman tenaga. Ini berlaku mungkin kerana kandungan karbohidrat sederhana dalam susu coklat sama dengan minuman tenaga lain. Bonus, anda mendapat 575 mg kalsium dalam 1/2 liter susu.

DIET SEUMUR HIDUP
Anda dinasihati agar mengekalkan pemakanan sihat dandiet seumur hidup anda. Ia sebenarnya bertujuan agar anda dapat mengekalkan tahap kesihatan anda pada tahap yang baik sepanjang hayat anda. Pengetahuan tambahan untuk anda, orang yang bertubuh langsing sihat adalah mereka yang mengamalkandiet sepanjang hidup mereka. Oleh sebab itulah mereka kekal langsing kerana mereka bersungguh-sungguh menjatakannya. Anda juga mesti begitu. Berdiet bukan setakat untuk kelihatan langsing dan kurus, bahkania membantu anda mengekalkan berat badan yang ada. Paling penting, anda perlu kekalkan pemilihan makanan yang sihat dan jangan ulangi tabiat pemakanan yang tidak baik.

NIKMATI MAKANAN TANPA RAGU
Jika anda gemar bersantai bersama rakan , tidak perlu risau atau terlalu menahan diri anda sendiri daripada menikmati menikmati makanan kesukaan anda. Namun, ia tidak bererti anda boleh makan sepuas-puasnya. Kekalkan kesederhanaan, dan makan mengikut kuantiti yang kecil. Contohnya, sebelum keluar, cuba potong 500 kalori dari makanan anda sehari sebelum dan sehari sesudah. Oleh itu, anda mempunyai lebihan 100 kalori untuk diisi dengan makanan sempena pesta atau parti ini.

JAUHI SNEK SELEPAS MAKAN MALAM
Jika benar anda ingin mengekalkan tubuh yang lansing, Perkara penting yang harus anda lakukan adalah mengelakkan diri daripada mengambil makanan selepas waktu malam.

0 ulasan:

Catat Ulasan