MENERIMA GAJI SEPATUTNYA
peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan. Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produkstiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang. Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.
RANCANG DAN PATUHI BAJET
Rancang perbelanjaan, amnda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.
LUNASKAN HUTANG KAD KREDIT
Berterus-terusan mempunyai kad kredit adalah satu kesilapan yang besar. Memang terlalu mudah menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibebani dengan hutang yang lebih besar.
MENCARUM DALAM PELAN PERSARAAN
Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, Pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.
MENABUNG
Pastikan anda menyimpan sekurangnya lima ke 10% dari gaji anda sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.
MELABUR
Pastikan anda membuat pelaburan, jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.
TINGKATKAN CARUMAN SKIM KEMUDAHAN UNTUK PEKERJA
Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.
SEMAK LIPUTAN INSURANS
Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.
KEMAS KINI WASIAT
Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Ramai masyarakat kita hari ini masih belum sedar akan kepentingan perkara ini.
SIMPAN REKOD KEWANGAN DENGAN BAIK
Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.
Jumaat, 9 April 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan