Jumaat, 9 April 2010

Tip atasi kepenatan ketika bekerja

BERHENTI KERJA SEKETIKA
Ambil 10 minit untuk berhenti sebentar daripada melakukan tugasan. Regangkan otot kaki, otot tangan dan bahu dengan gerakan senaman kecil di luar ruangan kerja anda. Jangan lupa lakukan sendiri urutan ringan di leher atau minta bantuan rakan sekerja anda.

BERMAIN
Alih perhatian ansda daripada melakukan tugasan kepada permainan komputer. Bermain permainan komputer biasanya akan membuatkan fikiran menjadi segar dan boleh meningkatkan konsentrasi. Namun jangan begitu leka dan menggunakan masa yang panjang hingga mengabaikan tigas.

MELAYARI INTERNET
Dengan melayari internet, selain mengurangkan kepenatan, ia boleh mencetuskan ide-idea baru. Anda boleh sahaja mumuat turun fail dan internet yang mempunyai kaitan dengan projekyang sedang dilakukan, ataupun melayari internet yang mempunyai kaitan dengan projek yang sedang anda lakukan atau melayari internet untuk tujuan berhibur. Batasi juga masa anda  untuk tujuan uni.

BERBUAL
Jika tiba-tiba anda berasa buntu dan tegang, cari rakan-rakan untuk berbual perkara yang ringan boleh menghiulangkan rasa letih dan membantu mengurangkan tekanan yang dialami.

MENONTON BERITA
Bagi yang bekerja dirumah sendiri atau dipejabat yang menyediakan ruangan menonton, lebih gunakan kemudahan yang ada. Tonton sebentar berita terkini di siaran televisyen. Ia akan menjadi santapan yang menyenangkan fikiran selain anda anda tidak ketinggalan memperoleh berita terbaru samada berlaku di dalam atai di luar negara.

MINUM KOPI
Ketika penat bekerja dihadapan komputer, minum kopi panas agar anda lebih segar dan cergas. Lebih baik anda membancuhnya sendiri daripada meminta bantuan  orang lain. Dengan cara ini juga anda akan menggerakkan otot-otot tubuh.

MEMBACA BUKU MAJALAH ATAU SURAT KHABAR
Dengan membaca bahan bacaan , ia membantu menimbulkan perasaan rileks yang seterusnya memberi keterangan kepada anda. Bukan sahaja anda berasa lebih santai tetapi dengan membacanya juga berupaya meningkatkan pengetahuan sedia ada anda.


MENULIS ARTIKEL
Berdasarkan penyelidikan, para ilmuan menulis secara manual menggunakan pen diatas kertas baik beberapa penulisan atau gambaran. Cara ini dilihat boleh mengurangkan tekanan dan kesan negatif yang ada dalam diri.

BERJALAN_JALAN KELUAR DARI PEJABAT
Sama ada berjalan kaki atau menaiki kenderaan, anda boleh memilih untuk ke kedai buku atau sekadar pusing-pusing. Melihat pemandangan terutamanya kehijaun alam sekitar boleh merehatkan mata dan mengatasi kepenatan ketika bekerja.

TELEFON
Gunakan masa untuk menelefon kenalan mahupun ahli keluarga terdekat. Bertanya khabar dan bincangkan perkara-perkara umum yang ringan agar fikiran anda tida lagi terbeban dengan permasalahan kerja. Hadkan penggunaan telefon dan memadai jika ia hanya berlarutan sehingga 5 minit.

0 ulasan:

Catat Ulasan